Snack Cafe berkonsepkan makanan ready to eat seperti minuman panas 3 in 1, makanan segera dan sebagainya. Pengunjung juga boleh menikmati hidangan ringan sambil mendengar deruan air sungai.
Fruit Stall merupakan gerai yang menjual pelbagai jenis buah hasil pertanian yang terdapat do resort. Gerai yang menumpukan jualan yang berasaskan nanas memberi tarikan baru kepada pengunjung. Hasil pertanian bermusim lain turut disediakan seperti:
Surau An-Nur disediakan bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat seusai bermandi-mandian. Surau ini dapat memuatkan 100 orang pengunjung dalam satu-satu masa. Aktiviti keagamaan dibenarkan diadakan di surau ini.
Kemudahan Cafe disediakan untuk pengunjung menjamu selera. Cafe beroperasi pada setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja. Pelbagai masakan dan minuman panas disediakan. Cafe ini boleh memuatkan 30 hingga 50 orang dalam satu-satu masa.
Obstacle merupakan salah satu kelainan yang terdapat di resort. Pelbagai jenis halangan telah dibina bagi menguji kekuatan fizikal pengunjung. Bayaran yang dikenakan adalah RM10 seorang.
Nurseri adalah salah satu sumber pertanian yang diusahakan oleh GIBS. Pelbagai jenis tanaman hiasan yang ditanam seperti:
Dewan tertutup kami mampu menampung sebanyak 100 orang tetamu pada satu-satu masa. Dewan ini amat sesuai untuk aktiviti-aktiviti seperti:
Setiap kanopi kami bersaiz 20 x 20 kaki dan berjumlah 4 buah kanopi kesemuanya boleh menjadi centre point untuk acara kekeluargaan dan juga aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan kerja.